Juafran dedah Griezmann cergas untuk turun dalam aksi 'derby'

Oleh Sacha Pisani 17 November 2016 1
 Juafran dedah Griezmann cergas untuk turun dalam aksi 'derby'
Atletico Madrid menerima perkhabaran gembira menjelang aksi 'derby' dengan Real Madrid apabila Juafran mendakwa Antoine Griezmann akan cergas untuk beraksi. 

Kelibat Griezmann untuk 'derby' kempen LaLiga itu dalam kesamaran selepas mengalami lebam teruk di kakinya ketika bersama pasukan Perancis untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Sweden, minggu lalu. 

Bagaimanapun, pertahanan Atletico, Juanfran, tampil mendedahkan Griezmann -- yang menghasilkan lapan gol dan lima bantuan jaringan dalam 14 perlawanan musim ini -- sudah bersedia untuk berdepan kunjungan skuad kendalian Zinedine Zidane itu. 

"Saya bertanyakan kepada Griezmann pagi ini sama ada dia akan turun dalam aksi 'derby' dan dia menjawab ya, dia akan bermain," kata Juanfran kepada Partidazo COPE.

Pertemuan 'derby' minggu ini memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia pertembungan terakhir kedua-dua seteru setempat itu di Vincente Calderon berikutan Atletico dalam persediaan untuk berpindah ke stadium baru, musim depan. 

Atletico, yang menduduki tangga keempat, mengintai peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu LaLiga itu yang memiliki kelebihan dua mata di puncak. 

Tambah Juanfran, "Ia akan menjadi 'derby' terakhir di Calderon dan perlawanan istimewa buat kami. 

"Kami berasa kami mampu menang. Kami hanya memikirkan kemenangan."

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen