Jovic perlukan masa -- Mitrovic

Oleh Ammar Hakim 14 April 2020 79
Jovic perlukan masa -- Mitrovic
Penyerang Real Madrid, Luka Jovic, 'berada dalam krisis', tetapi Aleksandar Mitrovic yakin rakan sepasukan skuad Serbia itu akan meningkatkan naik dengan lebih banyak waktu beraksi.

Jovic tiba di Santiago Bernabeu Jun tahun lalu, selepas meledak 17 gol dalam saingan Bundesliga dan 10 dalam pertandingan Liga Europa (UEL) untuk Eintracht Frankfurt.

Bagaimanapun, penyerang berusia 22 tahun itu sekadar menjaringkan dua gol dalam 24 penampilan -- lapan daripada turun dalam kesebelasan utama -- dalam semua kejohanan untuk Real, dengan hanya melengkapkan 90 minit dalam satu perlawanan.

Ia telah dilaporkan Los Blancos mungkin akan mengusahakan perpindahan buat Jovic pada penghujung musim ini, sebagai peluang untuk mereka mendapatkan khidmat Erling Haaland dari Borussia Dortmund. Arsenal turut berminat mendapatkan khidmat penyerang muda itu jika Pierre-Emerick Aubameyang berhasrat untuk meninggalkan Stadium Emirates.

Mitrovic tidak meragui Jovic, yang mendapat perhatian apabila melanggar perintah berkurung dengan pulang ke Serbia ketika pandemik koronavirus, memiliki kemampuan untuk menyerlah di Real dan memerlukan masa beraksi di bawah pimpinan Zinedine Zidane.

"Jovic berada dalam krisisi yang kecil," kata Mitrovic kepada Butasport. "Perkara paling penting buat penyerang adalah waktu anda beraksi di atas padang. Itu pandangan saya.



"Saya berasakan dia tidak diberikan banyak masa beraksi dan peluang untuk menyerlah. Saya berada dalam situasi yang sama ketika bersama Newcastle. Anda hanya berpeluang selama lima, 10, 15, 20 minit. 

"Saya berasakan Jovic perlu lebih banyak waktu beraksi. Saya yakin dua atau tiga gol dalam perlawanan akan hadir. Dia kini hanya perlu kekal fokus, meneruskan latihan dan mempercayai kemampuan diri sendiri."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen