Joao Mario boleh bermain di mana-mana kelab -- Deco

Oleh Ben Spratt 12 Oktober 2016 4
Joao Mario boleh bermain di mana-mana kelab -- Deco

Bekas pemain Portugal, Deco, berkata pemain tengah Inter, Joao Mario, boleh bermain di mana-mana kelab di dunia.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang telah berpindah ke kelab Serie A dari Sporting CP pada 2014, telah mempamerkan mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Portugal yang berjaya menjuarai Euro 2016 di Perancis.

Deco percaya Inter membuat keputusan yang tepat bagi mendapatkan khidmat Joao Mario dalam usaha mereka untuk kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara.

"Saya berpendapat ia merupakan langkah yang tepat dilakukan oleh Inter. Mereka sedang mencuba untuk merangka semula pasukan," jelas Deco.

"Joao Mario mampu menjadi pemain yang mampu membantu kelab meraih kejayaan.

"Pada saya, Joao Mario adalah seorang pemain yang boleh bermain di mana-mana kelab di dunia -- Barcelona, Real Madrid, Inter, AC Milan mahupun Bayern Munich. Dia seorang pemain yang menakjubkan."

Tentang Penulis

Ben Spratt

Komen