Hansi Flick yakin Joachim Low tidak wajar dikritik walaupun Jerman kelihatan goyah dan masih tercari-cari penyerang tengah semula jadi dalam pasukan itu.

Pengurus Bayern Munich itu pernah berkhidmat sebagai pembantu Low dalam kejayaan Piala Dunia 2014 sebelum beralih peranan sebagai pengarah sukan kelab gergasi Jerman tersebut.

Sehubungan itu, dia memang layak untuk melontarkan padangan terhadap pasukan kebangsaan, yang sekadar mencatat keputusan seri dalam empat daripada lima perlawanan mereka tahun ini dengan satu-satunya kemenangan ketika mereka menundukkan Ukraine.

Low -- yang memegang peranan itu sejak 2006 -- berada di bawah tekanan tetapi pantas dia menerima sokongan Flick.

"Secara keseluruhan, saya rasa kritikan itu terlalu keras," katanya menjelang perlawanan DFB-Pokal Bayern dengan Duren, awal pagi esok.



"Tugas yang dilakukan Jogi Low amat sensasi.

"Dia adalah seorang pengurus yang hebat. Itulah sebabnya kami perlu teruskan objektif itu dan berusaha melakukannya sesuatu bersama-sama."

Walaupun Jerman meledak tiga gol ketika menentang Turki dan Switzerland, mereka masih terlepas kemenangan, justeru Flick yakin skuad Die Mannschaft itu sedang mencari jalan bagi mengatasi kepincangan berkenaan.

Miroslav Klose, mesin gol Jerman dan penjaring terbanyak Piala Dunia, kini bertindak sebagai pembantu Flick.

"Ia sudah menjadi isu besar ketika saya memegang jawatan pengarah sukan dan masih berlarutan hingga kini: penyerang tengah sejati semakin pupus di Jerman," kata Flick.

"Di bahagian, kami mempunyai Serge Gnabry dan Timo Werner tetapi kelibat mereka jauh daripada peranan sebagai penyerang tengah klasik.

"Saya mempunyai penyerang yang luar biasa di dalam kakitangan saya, iaitu Miro Klose. Jika dia membuat persiapan selama beberapa minggu, dia pasti cergas untuk beraksi. Tetapi saya lebih suka mengekalkan khidmatnya, saya memerlukannya."