Kekalahan 2-1 Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA kepada juara dunia, Perancis, awal pagi tadi menyaksikan mereka mengalami kekalahan keenam dalam tempoh setahun buat kali pertama.

Ia merupakan tahun mengecewakan buat Jerman dengan kontroversi di luar padang serta kegagalan pasukan beraksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia, sekaligus gagal menghasilkan sesuatu yang positif bagi tahun ini.

Daripada segi keputusan perlawanan, tewas 3-0 kepada Belanda merupakan yang terburuk selepas tunduk kepada skuad muda kendalian Ronald Koeman itu.

Tetapi tewas 1-0 kepada Mexico dan Korea Selatan 2-0 di peringkat kumpulan adalah yang paling buruk apabila tersingkir dalam saingan Piala Dunia di Russia.

Dua lagi kekalahan mereka hadir menerusi aksi persahabatan kepada Brazil dan Austria.

Kekalahan terbaru hadir awal pagi tadi di tangan Perancis selepas mempamerkan aksi positif -- skuad kendalian Joachim Low itu gagal mengekal rentak permainan hingga dihukum dengan dua jaringan daripada Antoine Griezmann.