Jardim kecewa dengan kekalahan pertama Monaco

Oleh Staff Writer 8 Disember 2016 3
Jardim kecewa dengan kekalahan pertama Monaco
BAYER LEVERKUSEN 3 MONACO 0

Ketua jurulatih Monaco, Leonardo Jardim, meluahkan kekecewaannya selepas pasukannya yang telah melalui proses perubahan terpaksa menelan kekalahan 3-0 di Bayer Leverkusen dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).


Paukan dari Ligue 1 itu belum pernah tewas dalam perlawanan musim ini, tetapi dengan slot ke peringkat 16 terakhir telah terjamin, Jardim menggantikan sembilan pemain yang telah mencatat kemenangan 5-0 ke atas Bastia, Sabtu lalu.

Walaupun eksperimen yang dijalankan menyaksikan pemainnya bergelut untuk mengekang asakan yang dilancarkan Leverkusen di BayArena, jurulatih pasukan pelawat itu melahirkan rasa kecewa dan bangga dalam masa yang sama dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya sepanjang aksi peringkat kumpulan.

"Saya mengambil risiko ketika membuat pilihan pemain dan ia sangat mengecewakan apabila kami tewas kerana tindakan saya itu," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

"Kami kecewa tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa kami satu-satunya kelab dari Perancis pada musim ini yang menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara."

Menurut Jardim, Monaco berharap dapat mengelak daripada bertemu juara bertahan, Real Madrid, di peringkat seterusnya.

"Semua pasukan dalam peringkat kalah mati akan menjadi sukar untuk ditewaskan," katanya. "Tetapi satu-satunya kelab yang tidak mahu kami hadapi adalah Real Madrid."

Sementara itu, pengendali Bayer Leverkusen, Roger Schmidt, gembira dengan aksi yang dipamerkan oleh Leverkusen kerana mereka menamatkan kempen Kumpulan E dengan bergaya menerusi jaringan Vladlen Yurchenko, Julian Brandt dan jaringan sendiri Morgan De Sanctis yang berpunca daripada sepakan penalti Wendell Nascimento Borges.

Kelab dari Bundesliga itu berdepan dengan kesukaran untuk menjaringkan gol dalam minggu lalu -- Javier Hernandez terlepas peluang dari jarak 12 ela pada hujung minggu lalu -- tidak pernah menewaskan Monaco, menyaksikan Schmidt teruja menamatkan kedua-dua badi tersebut.

"Kami akhirnya menewaskan Monaco dan menjaringkan sepakan penalti," katanya. "Kami mempunyai masalah dengan kedua-duanya sebelum ini.

"Kami mahu beraksi dengan baik dan saya dapat berasakan kejayaan kami. Saya sangat gembira dengan prestasi pemain saya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen