Jankauskas: Lithuania wajib halang Kane

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2017 43
Jankauskas: Lithuania wajib halang Kane
Ketua jurulatih Lithuania, Edgaras Jankauskas, menyifatkan cara untuk menghalang Harry Kane daripada menjaringkan gol adalah tidak membenarkan penyerang itu memasuki stadium.

Kane telah menjaringkan 13 gol untuk Tottenham dan England pada September dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas Slovenia untuk memastikan England melayakkan diri ke Piala Dunia Russia 2018.

Lithuania, yang menerima kunjugan England di Vilnius esok, sekadar merekodkan satu kemenangan dalam Kumpulan F ketika meraih keputusan 2-0 ketika bertemu Malta pada Oktober 2016.

Jankauskas bimbang dengan anak buahnya yang bakal menghadapi asakan jentera serangan England yang diketuai Kane.

"Perancangan terbaik adalah tidak membenarkan Kane memasuki stadium ini," kata Jankauskas. 

"Kane berada pada tahap terbaik dan sukar untuk dihalang. Kami perlu melakukan segala-galanya. Bagaimanapun, pasukan England memiliki barisan pemain yang berkualiti," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen