Jangan kalah -- Sathianathan

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2019 1077
Jangan kalah -- Sathianathan
"Jangan kalah", itu amanat bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, buat skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe yang akan bertemu Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Hanoi, Khamis ini.

"Seri sudah menjadi satu kejayaan kerana bukan mudah untuk mendapatkan keputusan positif di Hanoi," katanya.

Kesukaran berhadapan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh adalah perkara utama yang dijangka jurulatih berpengalaman itu.

Biarpun Sathianathan menyatakan keyakinan penuh dengan barisan kendalian Cheng Hoe itu, ketua jurulatih skuad Selangor itu tetap menganggap satu mata sudah dikira pencapaian baik.

Perkara utama yang perlu dielak barisan negara adalah kekalahan selain syarat kedua adalah memastikan kemenangan dalam aksi timbl balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Mac tahun depan.

"Perkara paling penting buat Malaysia adalah mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di Vietnam kerana aksi kedua di Bukit Jalil nanti akan memberikan kelebihan untuk Malaysia mendapatkan kemenangan," tambahnya.

Keserasian yang semakin ketara melibatkan perancangan Cheng Hoe di atas padang turut meyakinkan Sathianathan bahawa skuad negara mampu mencetak kejutan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen