Jangan hilang fokus -- Bertrand

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2017 106
Jangan hilang fokus -- Bertrand
Ryan Bertrand menegaskan England tidak boleh berasa selesa dalam usaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

The Three Lions memiliki kelebihan lima mata di persada Kumpulan F dengan berbaki dua perlawanan, bermula dengan aksi berdepan Slovenia di Wembley.

Walaupun berada dalam kedudukan yang baik, bek kiri, Bertrand, percaya skuad kendalian Gareth Southgate tidak boleh hilang fokus dalam dua perlawanan ini.

England, yang masih belum tewas dalam lapan perlawanan dan hanya bolos tiga kali, akan berkunjung ke Lithuania bagi aksi terakhir pada 8 Oktober.

"Saingan belum berakhir dan kami berada pada tahap yang terbaik," kata Bertrand.

"Kami akan cuba untuk memastikan England meraih enam mata dalam dua perlawanan ini.

"Semua perlawanan antarabangsa adalah sukar. Kami akan cuba menampilkan persembahan yang cemerlang," katanya.

Southgate tanpa pemain tengah, Dele Alli, untuk perlawanan berdepan Slovenia kerana digantung satu perlawanan kerana melakukan isyarat lucah ketika menewaskan Slovakia, bulan lalu.

Bagaimanapun, Bertrand percaya England masih memiliki pemain-pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain tengah Tottenham itu.

"Alli merupakan seorang pemain yang baik, dia mampu memperkuatkan lagi jentera serangan England.

"Tetapi kami memiliki beberapa pemain berbakat dan mampu bermain dalam posisi yang sama seperti Alli," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen