Jalani pembedahan bahu, De Ligt perlu rehat panjang

Oleh Ammar Hakim 13 Ogos 2020 101
Jalani pembedahan bahu, De Ligt perlu rehat panjang
Pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt, berdepan tiga bulan tanpa sebarang aktiviti bola sepak selepas menjalani pembedahan bahu.

Pertahanan kelahiran Belanda itu memiliki masalah bahu kanan selepas mengalami dislokasi tahun lalu.

Juve mengesahkan semalam bahawa pemain berusia 21 tahun itu menjalani pembedahan penstabilan di Rome dan pembedahan itu 'berjaya sepenuhnya'.

Dia tidak akan kembali beraksi sehingga November.

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi musim 2020-21 Serie A akan bermula tetapi Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) menyatakan harapan mereka untuk menyaksikan saingan akan bermula 1 September ini.

De Ligt telah membuat 39 penampilan dalam semua kejohanan dalam musim pertamanya bersama Juve sejak berhijrah dari Ajax tahun lalu.

Juve telah memenangi Scudetto buat kali kesembilan berturut-turut tetapi tewas kepada Napoli menerusi penentuan penalti dalam final Coppa Italia dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) kepada Lyon.

Ketua jurulatih, Maurizio Sarri, telah dipecat selepas mereka tersingkir daripada UCL dan telah digantikan oleh pengendali skuad B-23 dan bekas pemain tengah, Andrea Pirlo.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen