Pertembungan dengan Inter dan Milan dalam jadual padat Januari mungkin boleh memberi bayangan sama ada Juventus berkemampuan untuk meneruskan penguasaan dalam Serie A di bawah kendalian Andrea Pirlo.

Pemain tengah legenda itu dilantik sebagai pengurus bulan lalu susulan pemecatan Maurizio Sarri meskipun telah membimbing pasukan gergasi Turin berkenaan meraih Scudetto yang kesembilan berturut-turut.

Naib juara musim lalu, Inter pula dijangka mencetuskan ancaman terbesar buat juara bertahan itu pada musim akan datang dan Nerazzurri akan beraksi di laman sendiri bagi pertemuan pertama kedua-dua gergasi itu, iaitu 18 Januari depan.



Milan akan menanti kunjungan mereka di San Siro, kurang dari dua minggu sebelum berhitung dengan Inter.

Juve bakal dalam enam perlawanan Serie A sepanjang awal 2021 apabila dijadual turut berdepan Udinese, Sassuolo, Bologna dan Sampdoria.

Ujian pertama Pirlo ialah menentang Sampdoria pada 21 September sebelum bertandang ke Roma.

Jadual penuh minggu pertama:

Benevento lwn Inter

Fiorentina lwn Torino

Genoa lwn Crotone

Juventus lwn Sampdoria

Lazio lwn Atalanta

Milan lwn Bologna

Parma lwn Napoli

Sassuolo lwn Cagliari

Udinese lwn Spezia

Verona lwn Roma