Gervinho tidak akan bersama Ivory Coast untuk mempertahankan trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Januari nanti selepas menjalani pembedahan lutut.

Gervinho telah tampil sebanyak 79 kali di peringkat antarabangsa dengan 22 gol dan baru-baru ini menyarung lilitan kapten dalam kemenangan aksi kelayakan Piala Dunia ke atas Mali.

Namun, kali ini dia tidak akan mengambil bahagian untuk skuad kendalian Michel Dussuyer itu di Gabon.

Pasukan yang digelar Sang Gajah itu meraih kejayaan di Equatorial Guinea pada 2015 selepas mengatasi Ghana menerusi penentuan sepakan penalti dengan Gervinho mencuri perhatian berikutan gelagatnya yang enggan menonton penentuan sepakan penalti itu.

Bintang Hebei China Fortune itu dijangka berehat selama enam bulan.