Itali memastikan slot ke perlawanan play-off Piala Dunia selepas Belgium melakar kemenangan dramatik ke atas Bosnia-Herzegovina, awal pagi tadi.

The Azzurri, merupakan antara satu daripada lapan pasukan yang akan beraksi dalam perlawanan play-off untuk merebut tempat ke Russia apabila menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan G.

Ia adalah hasil kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Albania manakala Itali sekadar seri 1-1 dengan Macedonia di Turin.

Tetapi jaminan Itali ke aksi play-off hadir selepas Belgium merakamkan kemenangan 4-3 di Sarajevo, sekaligus menyaksikan Bosnia-Herzegovina tidak memiliki sebarang peluang untuk memintas mereka.

Itali masih dalam misi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ke-14 berturut-turut, dan tidak pernah gagal melakukannya sejak 1958.