Isu pemotongan gaji: PFAM tidak boleh campur aduk dua isu berbeza

Oleh Muzaffar Musa 13 April 2020 145
Isu pemotongan gaji: PFAM tidak boleh campur aduk dua isu berbeza
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) minta Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) agar tidak mencampuradukkan dua isu berbeza melibatkan isu gaji tertunggak dan isu penggajian sementara.

Terdahulu, PFAM meletakkan dua syarat yang harus dipatuhi oleh majikan dalam Liga Malaysia sebelum membincangkan isu pemotongan gaji.

Syarat berkenaan adalah semua pasukan wajib menyelesaikan sebarang tunggakan gaji sebelum wabak Covid-19 melanda negara dan melakukan rundingan atau persetujuan dengan pemain secara individu.

FAM menegaskan bahawa setiap pasukan perlu mencapai satu kata sepakat bagi menyelesaikan isu penggajian sementara pada tarikh akhir 22 April ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata: "Sesebuah pasukan yang sedang mengalami masalah kewangan perlu mengadakan perbincangan bersama pemain.

"Kalau pemain terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan majikannya, sebarang situasi domestik di sesebuah pasukan negeri atau kelab perlu dibiarkan untuk diselesaikan oleh mereka sendiri."

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen