Seperti wabak Covid-19, satu lagi penyakit yang kian kembali meracuni kancah bola sepak Malaysia adalah isu tunggakan gaji dan masalah itu diluahkan oleh pemain-pemain Kedah FA di laman media sosial.

"Pemain-pemain kelihatan kurang gembira dengan situasi yang dihadapi ketika ini. Semua pekerjaan yang dilakukan tanpa menerima gaji sedikit sebanyak memberikan kesan yang negatif," kata kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar.

"Buat masa ini, saya masih lagi memberikan prestasi terbaik kerana ia adalah adalah tuntutan dalam kontrak saya telah semangat saya mula berkurang," kata penyerang Kedah, Kpah Sherman.

Ini merupakan antara masalah yang bukan baru tetapi begitu lama yang sering dibelenggu kancah bola sepak iaitu tunggakan gaji.

Sejauh manakah seorang pemain harus bersabar, hanya beberapa hari lagi tunggakan gaji Sherman akan menjadi selama lima bulan yang jelas mampu menggangu mental dan emosi seorang pemain.

Apatah lagi dengan mengharungi latihan setiap hari bagi saingan liga yang bakal berlangsung September ini mengikuti perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Tiada perbincangan untuk melanjutkan hal ini tetapi berharap ia dapat diselesaikan. Tunggakan gaji saya kini semakin hampir ke lima bulan. Sejujurnya sukar untuk beraksi dengan gaji yang tidak diterima selepas lima bulan," kata Sherman.

"Bukan mudah untuk memberikan motivasi kepada pemain di atas dan luar padang dalam keadaan ini. Bagaimanapun, kita semua harus sentiasa menghormati keputusan mereka," kata pengendali Kedah, Aidil Sharin.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan FA, Yusri Che Lah, bersyukur selepas barisan pemain mampu kembali berlatih sepenuhnya seperti biasa.

Bagaimanapun, banyak kesukaran dihadapi dalam membuat pengaturan strategik bagi skuad kendaliannya selepas beberapa pemain meninggalkan pasukan disebabkan isu gaji.

"Syukur kepada kami untuk turun berlatih dan dalam kesempatan yang sama bimbang selepas tiga pemain mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan. Saya berharap pemain-pemain akan kekal bersama pasukan dalam situasi ini," katanya.