Pemain tengah Real Madrid, Isco, tidak berniat untuk berpindah keluar dari Santiago Bernabeu pada Januari, menurut ayahnya.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, Juventus dan AC Milan selepas jarang beraksi di Madrid, dan dia lebih selesa kempen La Liga berakhir terlebih dahulu sebelum memutuskan hala tuju masanya depannya.

Paco Alcarcon menegaskan anaknya tidak akan melayani sebarang tawaran dalam jendela perpindahan berikutnya.

"Kami mengambil pendekatan untuk merendah diri dengan media dan saya boleh memberi jaminan bahawa kami tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran sebelum musim panas," katanya kepada Calciometro.

Isco hanya berkesempatan beraksi sekali di bawah kendalian Zinedine Zidane musim ini selepas tercicir di belakang Toni Kroos, Luka Modric dan Casemiro untuk merebut tempat di bahagian tengah Madrid.