Simone Inzaghi menerima tekanan yang menyaksikan pemain-pemain Lazio ditewaskan 4-1 oleh Bayern Munich dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Beraksi dalam pusingan kalah mati UCL buat pertama kali dalam tempoh 21 tahun, Lazio ketinggalan tiga jaringan dalam separuh masa pertama berdepan pelawat dari Jerman di Rom.

Bintang Bayern, Robert Lewandowski, merampas hantaran Mateo Musacchio dan menggelecek melepasi Pepe Reina untuk meledak jaringan pembukaan -- gol ke-72 saingan UCL, mengatasi legenda Real, Raul dan hanya di belakang Cristiano Ronaldo (134) dan Lionel Messi (119).

Jamal Musiala menggandakan jaringan 15 minit kemudian dan menjadi pemain kedua termuda meledak gol saingan peringkat kumpulan di belakang Bojan, sebelum Leroy Sane mencetak gol ketiga.

Hari mengecewakan buat kelab Serie A, Lazio bertambah buruk apabila 62 saat selepas separuh masa kedua apabila Francesco Acerbi menolak bola masuk ke gawang sendiri ketika diberikan tekanan oleh Alphonso Davies.

Joaquin Correa mengurangkan defisit jaringan tetapi Lazio dibolosi empat atau lebih gol buat kali ketiga dalam sejarah mereka, ketua jurulatih Lazio, Inzaghi, meratapi beberapa kesilapan barisan pertahanan.


"Malangnya, kami telah berkata bahawa kami mahu bermain dengan cara kami," katanya. "Kami terlalu terikut dengan perlawanan ini. Mereka kelihatan tegang bertemu juara dunia, tetapi kami seperti menjaringkan tiga atau empat gol buat mereka.

"Kekecewaan dalam bilik persalinan adalah perkara biasa tetapi ini sudah menjadi pencapaian buat kami. Dalam perlawanan sebegini, anda perlu berada di tahap 100 peratus, melakukan sebaik mungkin dan berharap lawan gagal berada di tahap terbaik.

"Kami berdepan pemenang Piala Dunia Kelab dan kami menjaringkan tiga atau empat gol untuk mereka. Anda tidak boleh melakukan kesilapan itu di peringkat ini."