Inter gusar Sanchez alami kecederaan bersama Chile 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 November 2020 71
 Inter gusar Sanchez alami kecederaan bersama Chile 
Inter menafikan kritikan pengurus Chile, Reinaldo Rueda, yang mendakwa Nerazzurri terlalu mengerah kudrat Alexis Sanchez.

Kelab Serie A itu bertelingkah dengan kem Chile berhubung kedudukan Sanchez apabila kelab Itali tersebut percaya pemain mereka tidak boleh terlibat dalam aksi antarabangsa sepanjang wabak COVID-19 ketika ini. 

Inter percaya bintang mereka lebih berisiko mengalami kecederaan ekoran jadual padat musim ini.

Chile akan menghadapi Peru dan Venezuela dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dalam tempoh dua minggu ini sementara kelibat Sanchez -- yang telah mencatat 251 minit permainan di peringkat kelab musim ini -- amat mustahak buat pasukannya.

Rueda menuduh Nerazzurri sengaja tidak menunjukkan rasa hormat terhadap permasalahan itu, pasukan gergasi Serie A itu kemudian menyifatkan komen pengurus itu sebagai "tidak boleh diterima, menyinggung perasaan dan tidak sesuai dengan realiti sekarang".

Menurut kenyataan kelab itu lagi: "Kelab ini sering bekerjasama dengan cara yang terbaik selain mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua kakitangan pasukan kebangsaan.

"Dalam kes tertentu seperti Alexis Sanchez ini, dia menghadapi masalah fizikal dalam setiap panggilan bersama pasukan kebangsaannya.

"Salah satu daripadanya, dia mengalami kecederaan parah yang menyebabkannya tersisih selama tiga bulan. Ia amat menjejaskan kelab ini yang mengambil berat kesihatan barisan pemainnya."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen