Inter berminat tandatangani Asensio

Oleh Staff Writer 24 Disember 2018 132
Inter berminat tandatangani Asensio
Marco Asensio berbangga apabila menjadi sasaran utama Inter tetapi menjelaskan dia tidak memiliki sebarang perancangan untuk meninggalkan Real Madrid.

Laporan mencadangkan Nerazzurri bercadang untuk melakukan bidaan, Januari ini, untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Wakil Asensio, Horacio Gaggioli, memberitahu pemain itu sangat berbangga apabila mengetahui tawaran kelab Serie A itu tetapi pemain berusia 22 tahun itu mahu terus kekal di Santiago Bernabeu.

"Ia merupakan sesuatu yang membanggakan jika kelab seperti Inter berminat dengan Asensio," katanya.

"Saya tidak pasti sama ada ia adalah benar tetapi Asensio tidak berhajat untuk meninggalkan Madrid."

Asensio telah memenangi lapan gelaran utama sejak menyertai Real pada 2016, termasuk Piala Dunia Kelab 2018 yang dimenangi kelmarin.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen