Insigne terlepas kunjungan ke Anfield

Oleh Penulis Jemputan 26 November 2019 148
Insigne terlepas kunjungan ke Anfield
Lorenzo Insigne bakal terlepas kunjungan Napoli ke Liverpool sempena kempen Liga Juara-Juara (UCL) akibat kecederaan siku.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami masalah berkenaan ketika bertemu AC Milan dalam perlawanan Serie A di San Siro, Sabtu lalu, yang menyaksikannya digantikan selepas 65 minit permainan. 

Insigne sudah meledak empat gol dan mencipta lima bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini tetapi tidak tersenarai dalam skuad 20 pemain ketika kelabnya bertandang ke Anfield.

Fabian Ruiz dan Faouzi Ghoulam pula terpilih walaupun menjalani latihan secara berasingan dengan rakan sepasukan semalam. 

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menundukkan Liverpool 2-0 dalam pertemuan pertama dan boleh memastikan tempat dalam pusingan 16 jika meraih kemenangan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu awal pagi esok. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen