Penyerang Itali dan Napoli, Lorenzo Insigne, mendedahkan dirinya hampir bersara daripada bola sepak kerana saiz tubuhnya yang kecil sering menjadi perbualan.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang gagal memberikan impak ketika Itali seri 1-1 dengan Macedonia, telah memahat namanya bersama Napoli selepas cemerlang ketika dipinjamkan di Pescara pada musim 2011-12.

Ia boleh menjadi sangat berbeza bagi penyerang bertubuh kecil ini, namun dia tetap mendengar nasihat jurulatihnya ketika dia masih muda.

"Mereka memberitahu bahawa saya memiliki bakat tetapi saya terlalu rendah," kata Insigne.

"Pada satu ketika, saya mahu berhenti bermain bola sepak. Saiz tubuh badan saya sering menjadi perbualan dan terdapat pihak yang menyatakan bahawa saya tidak akan berjaya menjadi pemain profesional. Kemudian saya telah diuji oleh Napoli dan segala-galanya berjalan lancar.

Insigne merupakan pemain yang berpengaruh untuk Napoli pada permulaan musim ini, dengan mereka berjaya menduduki tangga teratas Serie A selepas tujuh perlawanan.