Lorenzo Insigne menegaskan dia tidak menyimpan sebarang perasaan dendam selepas hanya memanaskan bangku simpanan yang menyaksikan Itali tercicir slot Piala Dunia 2018.

Perlawanan di Milan itu berakhir 0-0, namun agregat 1-0 memihak kepada Sweden dan secara tidak langsung menyebabkan Azzurri terlepas kejohanan berprestij itu sejak 1958.

Insigne berada dalam kemuncak prestasi bersama Napoli musim ini, namun lebih mengejutkan ramai pihak, termasuk Daniele De Rossi, yang dirakamkan kamera meminta agar pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan, khidmatnya bagaimanapun terus tidak dipedulikan oleh jurulatih, Gian Piero Ventura, dalam perlawanan getir itu.

Begitupun, Insigne berani tampil untuk menjelaskan situasi itu.

"Kami minta maaf kerana tidak layak ke Piala Dunia, ia sentiasa merupakan medan saingan yang baik," Insigne memberitahu Sky.

"Kami telah memberikan segala-galanya tetapi kami gagal melaksanakannya. Kami memohon maaf kepada semua penyokong Itali, kami akan melakukannya sekali lagi pada masa akan datang.

"Saya selalu berkata bahawa saya akan menerima keputusan jurulatih. Dia membuat pilihan itu dan saya tidak menyesal.

"Ia adalah satu perlawanan yang wajib menang, bagi jurulatih, pilihan pemain adalah tepat. Saya menerima keputusannya, ia harus dilakukan demi pasukan kebangsaan," ujarnya.

Napoli sedang mendahului Juventus di kemuncak Serie A dan Insigne menyatakan kekecewaan meraih tempat dalam Piala Dunia membolehkan dia untuk memberi fokus sepenuhnya kepada usaha memburu kejuaraan liga pertama sejak 1990.

"Scudetto dengan Napoli adalah tumpuan utama saya," katanya. "Saya dan rakan sepasukan akan melakukan segala-galanya hingga Mei nanti untuk merealisasikannya."