Insiden letupan bom cemari perlawanan Besiktas-Bursaspor

Oleh Harry West 11 Disember 2016 1
Insiden letupan bom cemari perlawanan Besiktas-Bursaspor

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, mengesahkan 29 orang terbunuh dan 166 yang lain cedera dalam dua serangan keganasan berdekatan dengan Stadium Vodafone Arena, pada Sabtu.

Kejadian pengeboman itu berlaku kira-kira 90 minit selepas Besiktas menewaskan Bursaspor 2-1 dalam aksi Super Lig.

Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus, mengesahkan satu daripada serangan itu berpunca daripada letupan bom daripada kereta manakala yang kedua adalah perbuatan pengebom berani mati.

Bercakap pada sidang media, Soylu mengumumkan 27 pegawai polis dan dua orang awam terbunuh dalam letupan tersebut.

Persekutuan Bola Sepak Turki mengutuk serangan itu sementara Bursaspor mengesahkan penyokong mereka telah keluar dari stadium sebelum insiden tersebut berlaku.

Tentang Penulis

Harry West

Komen