Inilah nasib yang perlu dihadapi penjaga gol -- Ter Stegen

Oleh Staff Writer 20 Oktober 2016 1
Inilah nasib yang perlu dihadapi penjaga gol -- Ter Stegen

Kesilapan besar seperti yang dilakukan Claudio Bravo pada Rabu adalah nasib yang sering dihadapi setiap penjaga gol, kata Marc Andre ter Stegen.

Barcelona membelasah The Citizens 4-0 dalam saingan Kumpulan C di Camp Nou, dengan Lionel Messi meledak hatrik sebelum Neymar -- yang gagal menyempurnakan sepakan penalti -- meledak gol keempat di hujung perlawanan.

City sedang ketinggalan 1-0 memasuki babak kedua, sebelum Claudio Bravo keluar dari kotak penalti dan membuat tampanan menggunakan tangannya untuk cuba menghalang percubaan Luis Suarez.

Tindakan Bravo itu tidak memberi sebarang pilihan kepada pengadil, Milorad Mazic, yang melayangkan kad merah.

Ter Stegen, yang berada di gawang bertentangan, melihat bekas rakan sepasukannya itu dibuang padang.

"Saya dan Bravo membincangkan banyak perkara tetapi perkara sebegini berlaku -- inilah nasib dihadapi penjaga gol," kata pemain antarabangsa Jerman itu, yang turut melakukan kesilapan ketika Barcelona tewas kepada Celta Vigo, sebelum ini.

"Senario seperti ini tidak dapat dielak tetapi ia tidak akan memberi kesan untuk jangka masa panjang.

"Sebelum layangan kad merah itu, kami bergelut tetapi kemudiannya kami mula meledak gol yang banyak."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen