Infantino: Ia adalah hari yang sangat-sangat sedih untuk bola sepak

Oleh Jon Fisher 29 November 2016 1
Infantino: Ia adalah hari yang sangat-sangat sedih untuk bola sepak
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyifatkan nahas kapal terbang yang meragut nyawa 71 orang, termasuk pemain dan kakitangan dari kelab Brazil, Chapecoense, sebagai "hari yang sangat-sangat menyedihkan bagi bola sepak".

Pesawat itu membawa pasukan untuk perlawanan pertama final Copa Sudamericana di mana mereka menghadapi Atletico Nacional di Medellin tetapi terhempas semalam di Cerro Gordo, perbandaran Colombia La Union.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) telah mengumumkan penggantungan semua aktiviti sehingga diberitahu kelak dan Infantino melahirkan rasa sedih beliau bagi pihak FIFA.

Beliau berkata: "Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi bola sepak.

"Kami amat simpati mendengar tentang kemalangan kapal terbang di Colombia, ia adalah berita yang mengejutkan dan tragis. Pada masa yang sukar ini, fikiran kami bersama mangsa, keluarga dan rakan-rakan mereka.

"FIFA ingin mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada peminat Chapecoense, komuniti bola sepak dan organisasi media yang terlibat di Brazil."

Tentang Penulis

Jon Fisher

Komen