Immobile ulangi rekod jaringan terbanyak Lazio

Oleh Muzaffar Musa 1 Julai 2020 117
Immobile ulangi rekod jaringan terbanyak Lazio
Ciro Immobile mengulangi rekod jaringan terbanyak Lazio dalam satu musim Serie A ketika membantu pasukannya mengekalkan tekanan buat pendahulu, Juventus, dengan menewaskan Torino 2-1 di Stadio Olimpico Grande awal pagi tadi.

Lazio bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Torino, untuk seketika berada di atas Juve kendalian Maurizio Sarri.

Immobile menjadi kunci kebangkitan itu dengan menjaringkan golnya yang ke-29 dalam saingan liga, sekali gus memadamkan jaringan awal Andrea Belotti pada minit ke-48.

Sepakan leretnya daripada sisi kiri padang tepat menuju ke penjuru bawah kanan gawang lawan untuk menyamai rekod yang diciptanya dalam musim 2017-18.
 
Satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan lebih banyak gol daripada jumlah itu selepas 29 perlawanan Serie A adalah Antonio Angelillo, yang merekodkan 31 jaringan dalam musim 1958-59.

Immobile, yang merupakan pemain kebangsaan Itali, kemudian membantu Marco Parolo menjaringkan gol kemenangan untuk Lazio kekal memberikan tekanan buat Juventus -- yang turut mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Genoa dalam satu lagi perlawanan.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen