Ciro Immobile membandingkan pengurus Lazio, Simone Inzaghi, dengan rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp, tatkala bintang Itali itu berceritakan impiannya bersama Napoli.

Lazio hanya ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan dan pendahulu, Juventus, selepas 26 perlawanan sebelum Serie A digantung kerana wabak novel koronavirus (Covid-19).

Kelab yang berpangkalan di Rom itu juga telah meraih kejayaan Coppa Italia (2019) dan Supercoppa Italiana (2017 dan 2019) di bawah Inzaghi, yang dilantik sejak 2016.

Immobile sempat bekerjasama dengan Klopp dalam Bundesliga bersama Borussia Dortmund pada 2014-15, justeru penyerang Lazio itu memuji pengendali Jerman tersebut dan Inzaghi.

"Klopp adalah pakar bola sepak yang hebat dan saya selalu mengatakan bahawa saya gemar bekerjasama dengannya ketika saya berada dalam prestasi terbaik. Dia adalah pengurus yang lengkap, dia mempunyai segalanya," katanya di Instagram ketika bersembang dengan Er Faina.

"Dia mengingatkan saya kepada Simone Inzaghi kerana mereka sangat mirip dalam aspek kemahiran motivasi biarpun walaupun dengan cara yang sedikit berbeza."

Immobile telah merakamkan prestasi luar biasa dalam Serie A musim ini apabila merekodkan 27 gol sebelum kempen ditunda akibat krisis pandemik itu yang semakin memuncak.

Dengan 12 perlawanan yang masih tersisa, penggempur Itali itu menghambat rekod 36 jaringan semusim yang dilakukan Gonzalo Higuain ketika mengetuai jentera serangan Napoli pada 2015-16.

Uno scatto contro il Covid” Sosteniamo l’iniziativa dei fotografi romani che scendono in campo per l’emergenza Covid 19 a sostegno dell’ospedale Spallanzani di Roma. “Clicca” sulla pagina www.fotografisportiviromani.it fai una donazione e scegli la tua foto preferita ⚽?? #iorestoacasa #spallanzani

A post shared by Ciro Immobile (@ciroimmobile17) on


Immobile telah berkembang sejak kembali ke Itali pada 2016 dan pemain berusia 30 tahun itu mengungkap kisah tawaran daripada kelab kampung halamannya, Napoli, dan Liverpool berkaitan masa depannya.

"Saya begitu dekat untuk menyertai Napoli dan memang saya berharap dapat mewakili mereka pada satu hari kelak, tetapi saya sangat gembira di sini. Sejak tiba di Lazio, saya berhenti memikirkannya," katanya.

"Saya tidak tahu adakah saya akan mengakhiri karier di sini. Mungkin pada masa saya berusia 33 tahun, Lazio akan menjadi sangat berjaya hingga memerlukan pemain yang lebih penting daripada saya. Saya tidak suka menjadi beban kepada sesiapa. Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk jersi ini selagi terdaya.

"Inzaghi tentunya adalah pengurus yang paling bagus pernah saya temui. Kami mengadakan perbincangan ringkas ketika saya bertindak balas dengan marah kerana dikeluarkan dalam permainan tetapi dia menanganinya dengan cara yang betul. Saya mengenalinya dan begitu juga dengan dia."


"Covid-19", "Ciro Immobile", "Lazio", "Simone Inzaghi"