Bintang Lazio, Ciro Immobile, meletakkan sasaran untuk mengejar rekod jaringan Serie A Gonzalo Higuain apabila musim bersambung.

Immobile telah meledak 27 gol dalam saingan Serie A musim ini sebelum musim 2019-20 ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

Ketika saingan berbaki 12 perlawanan, Immobile semakin menghampiri rekod 36 gol yang dihasilkan Higuain dalam satu musim ketika beraksi bersama Napoli pada musim 2015-16.

Pemain berusia 30 tahun itu berharap dia dapat mengejar rekod tersebut, memberitahu kepada Sky Sport, "Saya tidak tahu, ia bergantung.

"Saya berlatih dengan gigih untuk mencapai sasaran ini. Setiap orang memiliki sasaran peribadi. Saya akan cuba meledak lebih banyak gol selepas saingan bersambung semula."

Immobile membantu Lazio menghuni tangga kedua liga, ketinggalan hanya satu mata di belakang Juventus.

Pemain kebangsaan Itali itu berkata mereka sedang berusaha untuk mengejar gelaran liga buat pertama kali sejak 1999-2000.

"Sasaran masih lagi sama. Cuma buat masa ini, kami tidak terlalu memikirkan bola sepak," katanya lagi.

"Kami sedang membuat persiapan kerana terdapat 12 lagi perlawanan yang penting untuk mencapai sasaran tersebut."