Imanol Alguacil meluahkan rasa penuh berbanggaya selepas Real Sociedad mengatasi seteru Basque, Athletic Bilbao, untuk menjulang trofi pertama Copa Del Rey sejak 1987.

Gol sepakan penalti Mikel Oyarzabal dalam babak kedua sudah cukup untuk Sociedad memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Bilbao awal pagi tadi, di mana ia juga merupakan final pertama melibatkan dua seteru tradisi itu.

Aksi final edisi 2020 itu terpaksa ditunda selama 350 hari memandangkan perancangan awal perlawanan di Seville itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik koronavirus.

Oyarzabal memastikan kemenangan pasukannya dalam petemuan dua pasukan Basque itu dalam final Copa del Rey sejak 1927 dan ia menjadi malam yang penuh beremosi buat ketua jurulatih mereka, Imanol.

"Sebagai pengurus, anda boleh bayangkan betapa saya amat berbangga," kata Imanol kepada wartawan.

"Saya mempunyai perasaan yang amat-amat hebat.

"Minggu ini, bapa saudara saya meninggal dunia kerana COVID. Kami menerima pelbagai mesej sepanjang dua minggu ini dari Gipuzcoa.

"Kesedihan keluarga saya, terdapat banyak perkara. Apabila saya pergi semalam, saya menangis apabila mendapat satu video daripada ahli keluarga saya.

"Terdapat perasaan yang bercampur-baur. Saya amat gembira, amat berbangga untuk menjadi pengurus Real Sociedad yang mencipta sejarah ini, seperti yang kami katakan semalam.

"Ia tidak mungkin berlaku tanpa sokongan peminat. Terima kasih kepada setiap orang," katanya.

Dia menambah: "Terdapat terlalu banyak emosi. Saya berada dalam divisyen tiga bersama hampir separuh daripada skuad ini sepanjang empat atau lima tahun lalu dan berjuang di Stadium Vizcaya.

"Anda dapat bayangkan emosi yang saya rasakan pada ketika saya dapat menggembirakan penyokong kami."