Ilsanker cipta rekod baru Bundesliga

Oleh Ammar Hakim 4 Jun 2020 154
Ilsanker cipta rekod baru Bundesliga
Stefan Ilsanker melakar sejarah Bundesliga semasa membantu Eintracht Frankfurt meraih kemenangan 3-0 ke atas Werder Bremen semalam.

Eintracht sudah memiliki kelebihan bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan ini hasil jaringan Andre Silva ketika Ilsanker diperkenalkan sebagai pemain gantian pada minit ke-81.

Pemain tengah Austria itu segera menampan masuk flik daripada Bas Dost -- jaringan yang terhasil selepas 17 saat berada di atas padang sekaligus menjadikan pemain gantian terpantas dalam saingan Bundesliga.

Jaringan kedua Ilsanker menutup kemenangan untuk pasukan kendalian Adi Hutter, yang berada di kedudukan ke-11 dan 10 mata lebih baik daripada Werder di tangga kedua tercorot liga.  

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen