Kerana kelalaian dalam mengendalikan perkara membabitkan Covid-19, Kuching FA kini terpaksa kembali kepada kesukaran asal -- 14 hari tempoh kuarantin pasti merencatkan perancangan Kuching FA menjelang pembukaan Liga hujung bulan depan.

Bagaimanapun, mereka tiada pilihan, selain mencuba kaedah latihan yang dikongsikan pengendali, Idris Untong iaitu modul latihan di rumah.

Perintah kuarantin 14 hari membawa maksud mudah tiada sebarang sesi latihan melibatkan pasukan Kuching FA selepas salah seorang pemain disahkan positif Covid-19 semalam.



Ia meletakkan pengendalinya, Idris Untong, dalam keadaan serba salah kerana turut memikirkan keperluan pasukan menjalani sesi latihan normal untuk bersediaan saingan liga yang akan kembali bermula 26 Ogos ini.

Bimbang dan resah memikirkan nasib pasukan, yang hanya kembali menjalani latihan seperti biasa bermula 8 Ogos ini selepas tamat tempoh kuarantin 14 hari.

"Memang risau, perkara ini telah ditekankan kepada pemain dan staf kejurulatihan namun ia tidak merupakan sesuatu di luar jangkaan kami," kata Idris kepada Nadi Arena.

Ketika ini, mereka sekadar menjalani sesi latihan di rumah dengan harapan utama memastikan kecergasan pemain tidak terganggu.



Kredit: Kuching FA