Iceland lakar sejarah tersendiri 

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2017 875
 Iceland lakar sejarah tersendiri 
ICELAND 2 KOSOVO 0 

Iceland muncul pasukan paling kerdil pernah beraksi dalam Piala Dunia berikutan kemenangan 2-0 ke atas Kosovo awal pagi tadi yang menjamin tempat mereka di Russia, tahun depan. 


Gylfi Sigurdsson dan Johann Gudmundsson masing-masing menyumbat gol dalam setiap babak untuk mengesahkan tiga mata dan kedudukan mereka di puncak Kumpulan I. 

Iceland merupakan negara pertama yang layak ke pentas terbesar itu dengan populasi kurang daripada sejuta orang -- rakyat mereka hanya seramai 333,000 orang. 

Heimir Hallgrimsson berharap mereka mampu mengulangi kecemerlangan dalam Kejohanan Euro 2016 yang menyaksikan mereka mara ke suku akhir. 

Croatia terpaksa berpuas hati menghuni tempat kedua dan akan mengharungi peringkat play-off, dengan dua gol Andrej Kramaric membenam Ukraine yang turut berjuang untuk menang bagi merebut tempat kedua. 

Iceland mencipta tujuh kemenangan dalam 10 aksi mereka di peringkat kelayakan. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen