Paris Saint-Germain (PSG) tanpa khidmat Mauro Icardi dan Pablo Sarabia untuk aksi Liga Juara-Juara dengan Manchester United.

Naib juara musim lalu berkongsi mata dengan RB Leipzig dan tiga di belakang pendahulu Kumpulan H, United.

Skuad kendalian Thomas Tuchel tanpa empat tonggak skuad utama menjelang aksi di Old Trafford selepas Julian Draxler dan Juan Bernat turut tidak cergas sepenuhnya.

Icardi kembali beraksi selepas direhatkan dengan kecederaan lutut ketika seri 2-2 dengan Bordeaux.

Bagaimanapun, PSG mengesahkan penyerang itu masih lagi mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi latihan dan tidak akan terlibat dalam perlawanan seterusnya.



Sarabia turut hadir sebagai pemain gantian berdepan Bordeaux tetapi telah mengalami kecederaan otot.

Draxler dan Bernat tidak terlibat dalam mana-mana perlawanan sejak bulan September dan telah disahkan tidak akan beraksi di Manchester.