Icardi pertahan tindakan Gagliardini lihat Juventus beraksi

Oleh Staff Writer 14 April 2017 574
Icardi pertahan tindakan Gagliardini lihat Juventus beraksi
Kapten Inter, Mauro Icardi, mempertahankan tindakan rakan sepasukan, Roberto Gagliardini, yang hadir ke stadium bagi menyaksikan Juventus melakar kemenangan 3-0 ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.

Gagliardini menyaksikan perlawanan itu dengan beberapa bekas pemain Atalanta dan tindakannya itu mencetuskan rasa marah peminat setia Nerazzuri.

Icardi, bagaimanapun, menegaskan Gagliardini tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Roberto hanya pergi menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara," kata Icardi ketika sesi sidang media.

"Bukan mudah untuk mendapat peluang melihat Barcelona beraksi bersama rakan-rakan.

"Peminat berang, apatah lagi kami tewas kepada Crotone minggu lalu. Tetapi keputusan Roberto untuk menyaksikan perlawanan itu tidak membawa kesan apa-apa. Dia hanya pergi menonton perlawanan bola sepak."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen