​Icardi gembira di Inter, sedia tandatangan kontrak baru

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 47
​Icardi gembira di Inter, sedia tandatangan kontrak baru
Kapten Inter Milan, Mauro Icardi, gembira untuk kekal bersama gergasi Serie A itu dan semakin hampir untuk memperbaharui kontrak walaupun menarik minat beberapa pasukan lain.

Icardi, 25, telah menjaringkan sekurang-kurangna 20 gol dalam tiga daripada empat musim sebelum ini, sehingga mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.

Pemain Argentina itu dilaporkan menjadi sasaran Chelsea tetapi Icardi menegaskan dia semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru bersama Inter meskipun kontrak sedia ada hanya akan tamat pada 2021.

"Saya gembira untuk kekal di sini," kata Icardi.

"Memang ada pasukan yang menghubungi tetapi saya membuat keputusan untuk kekal demi kebaikan diri sendiri dan keluarga. Saya mempunyai impian untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah sambil menyarung jersi Inter dan saya tidak boleh tinggalkan pasukan.

"Kami akan cuba melengkapkan proses memperbaharui kontrak tetapi tidak pasti jika ia akan selesai sebelum perayaan Krismas," ujarnya.

Icardi dilaporkan memiliki klausa pelepasan bernilai EUR110 juta (RM524 juta) untuk ke kelab luar dari Itali tetapi dia tampak akan kekal di Inter.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen