Pengendali Inter Milan, Stefan Pioli, memuji aksi dipamerkan pemain penyerang, Mauro Icardi, susulan berjaya meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Lazio.

Icardi berjaya menemui gawang Lazio sebanyak dua kali pada babak kedua selepas Ever Banega membuka tirai jaringan pada Rabu.

Ini merupakan gol ke-14 buat Icardi bagi musim 2016-17.

Pioli teruja dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dan memuji aksi tampilkan Icardi yang turut bertindak selaku kapten pasukan.

"Icardi telah diletakkan dalam posisi yang lebih di depan dalam separuh masa kedua. Mauro seorang penyerang yang berbisa di dalam kotak dan dua kali berjaya berada dalam posisi berbahaya untuk menghukum Lazio.

"Kalau boleh, saya mahu pemain meneruskan aksi dalam liga, namun kami perlu bercuti sempena Krismas. Kami perlu kekal fokus kerana bulan Januari sangat penting."

Sementara itu, Icardi berasa lega kerana berjaya membantu Inter mengutip tiga mata berharga.

"Satu perlawanan yang baik. Setiap pemain mempamerkan aksi mantap," Icardi memberitahu Mediaset Premium.

"Kami sedang berkerja keras. Memasuki tahun depan, kami perlu meneruskan momentum sedia ada. Berdasarkan kerja keras pemain setakat ini, kami mengharapkan permulaan baik tahun hadapan."