Luciano Spalletti berharap Mauro Icardi tidak akan meninggalkan Inter walaupun terdapat laporan Real Madrid berminat mendapatkan khidmat penyerang itu.

Kapten Inter, Icardi, kembali berada pada kemuncak prestasi musim ini, dengan meledak 13 gol selepas 13 perlawanan Serie A untuk membantu skuad Nerazzurri menghuni tangga kedua liga menjelang pertemuan berdepan Cagliari.

Rentetan jaringan itu meletakkan pemain berusia 24 tahun itu menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, tetapi Spalletti yakin Icardi gembira kekal di San Siro.

"Pasukan mana yang tidak mahu khidmat Icardi?

"Saya amat gembira Icardi kekal di Inter. Dia memiliki satu hubungan yang rapat dengan rakan sepasukan, kelab dan penyokong.

"Saya yakin dia boleh kekal di Inter selama-lamanya," katanya.

Inter ketinggalan dua mata di belakang Napoli dan mendahului juara Itali, Juventus, dengan dua mata, dengan Spalleti menggesa kepentingan pemain-pemain untuk terus mempamerkan aksi mantap bagi memastikan mereka kekal sebagai pencabar takhta liga musim ini.

"Kami perlu mengekalkan persembahan kami musim ini. Inter tidak boleh kehilangan mata.

"Pemain-pemain perlu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan," hujahnya.