Ibrahimovic rasmi tugu tanpa baju di Malmo

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2019 818
Ibrahimovic rasmi tugu tanpa baju di Malmo
Zlatan Ibrahimovic membantu untuk merasmikan tugu tanpa bajunya di Malmo awal pagi tadi.

Bintang LA Galaxy itu diabadikan dengan monumen gangsa yang diletakkan berhampiran Stadium Malmo, tempat di mana dia memulakan karier profesionalnya pada 1999.

Pemain berusia 38 tahun itu melakukan kiriman bergambar dalam Twitter yang menunjukkan dia di samping tugu berkenaan dengan dikelilingi penyokongnya dengan kapsyen: "Kami semua adalah Zweden!!!"

Tugu gangsa itu, yang didirikan di atas satu platform dan dikatakan berketinggian sembilan kaki dengan berat hampir setengah tan, telah dihasilkan oleh pihak berkuasa bola sepak Sweden sebagai penghormatan buat pemegang rekod penjaring terbanyak mereka itu.

Daripada segi reka bentuk, ia menunjukkan gaya keraian terkenal Ibrahimovic dengan lengan dedepangkan tanpa berbaju -- walaupun cacahan terkenalnya tidak diukirkan di badan tugu berkenaan.

Ibrahimovic pernah memberi bayangan mengenai tugu itu sejak dia bersama Manchester United pada Disember 2016.

Bekas pemain kebangsaan Sweden itu pernah melakukan kriman Instagram ketika proses pembinaan tugu berkenaan dengan berkata: "Apabila anda datang ke New York, anda dapat lihat Statue of Liberty, apabila anda datang ke Sweden, anda dapat lihat Statue of Zlatan."

Ibrahimovic sedang menjalani waktu rehat menjelang saingan playoff Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).

Dia menjaringkan 30 gol daripada 29 perlawanan liga musim ini dan membantu pasukannya menduduki tempat kelima Liga Bahagian Barat.

Pasukan itu akan berdepan Minnesota United di Padang Allianz, 20 Oktober ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen