Ibrahimovic 'lepas geram' benam Inter

Oleh Ammar Hakim 18 Oktober 2020 1918
Ibrahimovic 'lepas geram' benam Inter
Zlatan Ibrahimovic berkata, 'haiwan yang salah dikurung dalam rumah' selepas memahatkan saat dia kembali ke gelanggang apabila bebas daripada coronavirus dengan dua jaringan ketika bantu Milan menang 2-1 ke atas Inter.

Ibrahimovic menjaringkan kedua-dua gol dalam 16 minit pertama perlawanan -- jaringan pembukaan terhasil menerusi rebound selepas sepakan penaltinya diselamatkaan -- bagi memastikan permulaan sempurna Milan musim ini.

Dia terlepas empat perlawanan dan tidak beraksi hampir seminggu selepas positif COVID-19, tetapi pemain berusia 39 tahun itu menggunakan tempoh dirinya terlepas saingan dengan jaringan kemenangan di San Siro semalam.



"Saya sangat lapar. Mereka mengurung binantang yang salah dalam rumah," katamya.

"Sukar apabila mentaliti saya sentiasa mahukan aksi -- badan saya seperti menggigil kerana mahu kembali ke gelanggang

"Saya berada di rumah dan menunggu sehingga boleh kembali bersama pasukan untuk berusaha untuk pasukan ini."
 
Ibrahimovic, yang kini telah meledak lima gol dalam tiga penampilan musim ini, bertahan selama 90 minit berdepan Inter di sebalik kurang waktu bermain sejak sebulan yang lalu.

Dan ia telah didedahkan selepas tamat peralwanan bahawa penyerang Sweden itu telah meminta untuk digantikan, cuma ketua jurulatih, Stefano Pioli, mahu dia kekal di atas padang sehingga tamat perlawanan.

"Dia telah penat dan telah meminta untuk keluar, tetapi kali ini saya yang mengendahkan dirinya!" kata Pioli kepada Sky Sport Italia. 

"Zlatan seorang yang luar biasa, banyak yang diberikan kepada pasukan dengan bakatnya. Keazaman serta perwatakannya. Dia merupakan contoh seorang yang profesional, memberikan segala-galanya kepada pasukan, mahu menang semuanya bagi menghasilkan rutin untuk memenangi aksi final."
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen