Ibrahimovic boleh beraksi lima tahun lagi -- Raiola

Oleh Muzaffar Musa 15 Disember 2020 294
Ibrahimovic boleh beraksi lima tahun lagi -- Raiola
Zlatan Ibrahimovic boleh bermain untuk lima tahun lagi dan kemudian mengubah dunia walaupun telah membazirkan dua tahun dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), kata Mino Raiola.

Ibrahimovic kini telah berusia 39 tahun dan masih beraksi di peringkat tertinggi dengan membantu AC Milan menerajui carta Serie A dalam tempoh keduanya bersama kelab itu.

Bekas penyerang kebangsaan Sweden itu telah menjaringkan 10 gol dalam saingan liga musim 2020-21 -- rekod yang sama dengan Cristiano Ronaldo -- dan menjaringkat gol dengan 28.6 peratus daripada 35 percubaan yang dilakukannya.

Di samping itu, jika dikira jaringan berdasarkan tempoh beraksi, Ibrahimovic telah menjaringkan gol lebih banyak berbanding mana-mana pemain lain iaitu dengan purata satu gol bagi setiap 53 minit.

Statistik menarik itu dilakukannya sebelum mengalami kecederaan paha yang membataskan pemain veteran itu untuk hanya melakukan enam penampilan musim ini -- kurang satu berbanding Ronaldo -- dan dia kini sudah kembali ke padang latihan bermula semalam.

Walaupun terpaksa direhatkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Ejennya, Raiola, yakin Ibrahimovic akan terus menjaringkan gol sambil berkata satu-satunya penyesalannya terhadap pemain itu adalah membawanya menyertai LA Galaxy selama dua musim selepas meninggalkan Manchester United.

"Saya dapat lihat pemain lain benar-benar penat dan tidak dapat membawa tenaga positif yang diperlukan," kata Raiola kepada Tuttosport.

"Saya tidak nampak kepenatan itu dalam diri Zlatan.
 
"Bagi saya, dia dengan mudah boleh beraksi untuk lima tahun lagi dan kemudian menjadi presiden sesuatu badan untuk mengubah dunia.

"Saya hanya menyesal mengenai dua tahunnya di Amerika Syarikat, di mana dia telah membazirkan masa.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan, emosi yang hebat. Tetapi saya memang seperti itu dengan semua pemain saya.

"Kami perlu meyakinkannya bahawa dia pemain paling indah, terbaik dan sama seperti kami.

"Ibra tidak gagah seperti kelihatan dari luar. Dia mempunyai hati yang sangat lembut, bukan dengan saya tetapi dengan orang lain," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen