Ibrahimovic bakal kembali ke Sepanyol

Oleh Staff Writer 30 Oktober 2019 1816
Ibrahimovic bakal kembali ke Sepanyol
Zlatan Ibrahimovic memberi bayangan dia "bakal kembali" ke Sepanyol untuk bersama kelab baru.

Kontrak pemain berusia 38 tahun itu bersama LA Galaxy berakhir Disember ini dan dia sebelum ini ada membincangkan akan kembali ke Eropah.

Antara destinasi perpindahannya adalah ke Itali, dengan sebilangan kelab trmasuk Napoli -- yang dipercayai menunjukkan minat untuk menandatangani pemain veteran itu.

Bagaimanapun, bekas penyerang Barcelona itu memuat naik klip pendek di Instagram semalam yang memberi bayangan dia bakal kembali ke kancah LaLiga.

"Hai Sepanyol, cuba teka? Saya akan kembali," katanya.

Ibrahimovic, yang turut menjadi sasaran kelab Amerika Selatan seperti Boca Juniors dan Flamengo, menikmati semusim dalam saingan bola sepak Sepanyol bersama Barcelona pada 2009-2010.

Bekas pemain kebangsaan Sweden itu tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Liga Bolasepak Utama (MLS) 2019 kelmarin selepas menjaringkan 30 gol dan melakukan tujuh bantuan jaringan dalam 29 perlawanan.

Di sebalik sentuhan berbisanya di depan gol, LA Galaxy tersingkir daripada saingan play off MLS kepada Los Angeles FC minggu lalu.

Di samping Barcelona, Ibrahimovic pernah beraksi bersama Manchester United, Paris Saint-Germain (PSG), Inter, AC Milan, Ajax dan Juventus.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen