Zlatan Ibrahimovic boleh menambah "keazaman dan perwatakan" buat Milan yang mengalami kekalahan terbesar dalam Serie A sejak 21 tahun lalu, kata pengurus, Stefano Pioli.

Skuad Rossoneri itu dimalukan dengan kekalahan 0-5 kepada Lazio di Bergamo malam tadi dengan dua jaringan Josip Ilicic, serta masing-masing satu daripada Alejandro Gomez, Mario Pasalic dan Luis Muriel, menyaksikan Milan berdepan kekalahan terbesar sejak Mei 1998 -- tewas dengan keputusan sama kepada AS Roma.

Bekas penyerang Milan, Ibrahimovic, telah lama dikaitkan dengan kepulangan ke San Siro dan walaupun Pioli menyedari keputusan itu terletak di tangan pihak tertinggi kelabnya, pengurus itu mengakui kualiti yang boleh diberikan bintang veteran itu kepada skuadnya.

"Ia soalan untuk pemilik kelab ini," katanya kepada DAZN ketika ditanya mengenai Ibrahimovic yang kini berstatus ejen bebas.

"Ramai memperkatakan mengenai Ibrahimovic dan ia sudah berlarutan selama berbulan-bulan.

"Saya sudah katakan yang dia seorang juara dan boleh memberikan keazaman dan perwatakan untuk meingkatkan keamatan dan fokus sewatu latihan dan perlawanan," katanya.

Kehancuran Milan dalam perlawanan itu berlaku dalam setengah jam terakhir di mana mereka dibolosi empat gol dan Pioli mengakui setiap perancangan mereka satu kesilapan.

"Kami bermain dengan cara yang salah dengan pasukan yang paling berbahaya untuk kami melakukannya.

"Amat jelas, ini bukanlah Milan sebenar kerana kami mempamerkan prestasi yang hebat dalam beberapa perlawanan lalu.

"Kami patut dipersalahkan kerana melakukan kesilapan dan perlu berusaha keras.

"Ini bukanlah permainan kami.

"Persembahan pada hari ini kelihatan seperti ia perlawanan pertama kami disatukan tetapi ia bukanlah begitu.

"Kami perlu kembali melakukan seperti apa yang kami lakukan sebelum ini," tambahnya.