Ketua jurulatih Eintracht Frankfurt, Adi Hutter, memuji Luka Jovic berikutan permulaaan cemerlang kembali di Bundesliga.

Jovic meledak dua gol ketika membuat penampilan semula buat Eintracht minggu lalu selepas dipinjamkan oleh Real Madrid sehingga penghujung musim ini.

Pemain kebangsaan Serbia itu hanya meledak dua kali dalam 32 perlawanan di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Tetapi Jovic hadir sebagai pemain gantian dalam meledak dua gol dalam tempoh 28 minit ketika Eintracht mengatasi Schalke 3-1
Ahad lalu.

Jovic menyamakan rekod bersama Real bersama Eintracht, di mana pemain berusia 23 tahun itu telah meledak 27 gol pada musim 2018-19 sebelum berhijrah ke Santiago Bernabeu.


Membincangkan mengenai pertemuan dengan Freiburg, Hutter turut menjelaskan mengenai gandingan Jovic dan bintang Eintracht, Andre Silva.

"Penyerang memiliki ego tersendiri, tetapi apabila melibatkan pasukan, semua mengetepikannya," katanya.


"Luka [Jovic] melakukannya dengan baik sekali. Apabila anda membawa seseorang yang menikmati waktu terbaik di sini dan telah meledak 27 gol dalam setahun, kemudian dipinjamkan semula dan meledak dua go dalam tempoh 25 minit, logik ia mendapatkan perhatian berbanding jaringan ke-12 Andre Silva musim ini.

"Tetapi apabila anda mendengar pernyataan Luka bahawa adalah suatu kehormatan baginya untuk bermain dalam satu pasukan bersama Andre, ini menunjukkan kehebatan dan watak Luka dan itu menunjukkan rasa hormatnya terhadap Andre Silva.

"Saya juga tidak dapat membayangkan bahawa Andre Silva, yang sebelumnya bermain untuk Milan dan Sevilla, tidak dapat menangani persaingan. Saya rasa dia juga telah melihat bahawa Luka sebagai rakan sepasukan.

"Saya berharap aksi cemerlang jentera serangan pasukan ini dapat diteruskan menjelang pertemuan dengan Freiburg."