Hummels terlepas aksi Bayern lawan Werder Bremen

Oleh Penulis Jemputan 1 Disember 2018 30
Hummels terlepas aksi Bayern lawan Werder Bremen
Misi Bayern Munich untuk kembali dalam kedudukan terbaik Bundesliga, terjejas ekoran kehilangan Mats Hummels yang tidak dapat beraksi dalam pertemuan menentang Werder Bremen, malam ini.

Pertahanan kebangsaan Jerman itu menderita keracunan makanan dan tidak menyertai kunjungan ke Bremen selepas gagal menghadiri sesi latihan, semalam.

Masalah itu juga menyaksikan dia tidak dapat terlibat dalam kemenangan 5-1 Bayern ke atas Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.

Rekod Bayern dalam liga domestik kian terumbang-ambing dengan yang terbaru terikat 3-3 dengan Fortuna Dusseldorf yang menjadikan rekod tanpa kemenangan mereka berlanjutan ke tiga perlawanan, hujung minggu lalu.

Juara bertahan itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Borussia Dotmund, dan hanya berkelebihan tiga mata ke atas Werder Bremen di tangga ketujuh.

Tekanan yang dihadapi pengendali pasukan, Nico Kovac, bagaimanapun, kian berkurangan dengan kembalinya muka-muka utama seperti Kingsley Coman, Thiago Alcantara dan Serge Gnabry setelah pulih daripada kecederaan masing-masing.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen