Mats Hummels berasakan Borussia Dortmund telah menghasilkan salah satu persembahan terbaik mereka musim ini ketika merekodkan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig.

Skuad kendalian Lucien Favre itu memperoleh tempat kedua di belakang juara Bayern Munich hasil dua jaringan yang disempurnakan oleh Erling Haaland semalam, pemain kelahiran Norway itu mencatatkan 13 gol dalam 14 penampilan bagi saingan Bundesliga.

Dortmund dominan dalam babak pertama namun sekadar mendahului permainan dengan satu jaringan sebelum rehat separuh masa, penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi, mempamerkan aksi cemerlang menafikan percubaan Dortmund.

Mereka perlu menunggu sehingga masa kecederaan untuk mencetak gol lagi, namun Hummels -- yang terlibat dalam gerakan sebelum Haaland meledak gol -- gembira dengan reaksi pasukan setelah kekalahan mengejutkan Mainz sebelum ini.

"Kami bermain buruk menentang Mainz dan ingin bangkit daripadanya," katanya.

"Secara keseluruhan, kami dapat sangat gembira -- dan gembira kerana kami mendapat tempat kedua. Kami mempunyai suasana yang baik di bilik persalinan sebelum permainan dan aktif di lapangan sejak minit pertama. Ada banyak barang bagus di sana."Harapan Dortmund untuk merampas gelaran Bundesliga tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada Bayern selepas musim kembali bersambung selepas ditangguh ekoran Covid-19, menyaksikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua buat kali kedua berturut-turut.

"Kami ketinggalan terlalu banyak mata pada separuh pertama musim ini, tetapi separuh masa kedua kami cukup mengagumkan -- Bayern pula meningkatkan lagi mutu permainan mereka," kata Hummels.

Tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) oleh Paris Saint-Germain (PSG) dan tidak lagi terlibat dalam DFB-Pokal, Dortmund akan mengakhiri kempen 2019-20 mereka dengan perlawanan menentang Hoffenheim Sabtu ini.