GENOA 1 NAPOLI 2

Napoli bangkit menewaskan Genoa 2-1 dalam aksi Serie A yang turut ditunda ekoran hujan lebat, awal pagi tadi.


Ketika aksi final Copa Libertadores di antara Boca Juniors dan River Plate terpaksa ditangguhkan ekoran padang banjir, aksi di Luigi Ferraris itu dilihat bakal melalui nasib sama apabila perlawanan dihentikan berbaki 13 minit babak pertama.

Penangguhan perlawanan berlangsung selama 10 minit, namun kembali bersambung selepas diluluskan pihak penyelia padang.

Napoli kembali mengikat kedudukan selepas Dries Mertens memanfaatkan permukaan padang berlopak sebelum menghantar bola yang kemudian disudahkan sungkitan Fabian Ruiz.

Jaringan tersebut menamatkan pendahuluan Genoa yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Christian Kouame dan kebangkitan tersebut dilengkapkan jaringan sendiri Davide Biraschi yang tergelincir sewaktu cuba menghalang sepakan percuma dari jarak enam ela berbaki empat minit waktu sebenar.

Keadaan itu memperlihatkan protes daripada tuan rumah, namun selepas beberapa ketika, jaringan tersebut dikira untuk Napoli kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Juventus, yang akan bertemu AC Milan, malam ini.