Ryan Giggs menganggap Wales telah menghukum diri mereka sendiri selepas tewas 1-0 kepada Albania, awal pagi tadi.

Ia merupakan perlawanan terbaik buat Chris Gunter yang melakukan penampilan ke-93 dalam aksi persahabatan di Arena Elbasan, mengatasi Neville Southall selaku pemain Wales yang paling banyak beraksi dalam perlawanan antarabangsa.

Bagaimanapun, jaringan Bekim Balaj menerusi sepakan penalti pada minit ke-58 mengecewakan perlawanan meraikan Gunter dan Giggs kecewa kerana hilang tumpuan menjadi punca kekalahan keempat Wales dalam lima perlawanan.

"Kami mengawal separuh masa pertama dan perlawanan hampir memihak kepada kami. Perlawanan seharusnya menjadi milik kami berdasarkan penguasaan bola sepanjang permainan," kata Giggs.

"Tetapi kelekaan telah menghukum kami. Saya sudah lama dalam bola sepak untuk berasakan sesuatu akan berlaku kerana pemain-pemain tidak memberikan tumpuan sepanjang permainan.

"Kami ketinggalan dan tidak mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

"Perlawanan seharusnya boleh dimenangi tetapi kami gagal melakukannya," katanya lagi.