Higuain sumbang dua gol, bantu Milan raih kemenangan selesa

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2018 227
Higuain sumbang dua gol, bantu Milan raih kemenangan selesa
AC MILAN 3 CHIEVO 0

Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain, menyumbat dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Chievo 3-0 di laman sendiri, semalam.


Bekas penyerang Napoli itu menghasilkan kedua-dua gol dalam babak pertama sehingga membuka ruang buat pasukan kendalian Gennaro Gattuso itu meraih kemenangan ketika liga, musim ini.

Giancomo Bonaventura menambah gol ketiga untuk Milan selepas rehat sebelum Sergio Pellissier menunjukkan kebangkitan pada minit-23.

Jaringan daripada Pellisier itu bermaksud Milan telah menyumbat gol serta dibolosi dalam 11 aksi terakhir Serie A.

Milan menikmati permulaan positif tetapi hampir terlebih dulu ketinggalan selepas kapten, Ignazio Abate, melakukan kesilapan ketika menanduk bola ke arah Gianluigi Donnarumma sehingga memaksa penjaga gol itu melayangkan badan ke sebelah kanan untuk menyelamatkan keadaan.

Chievo berdepan ancaman pada minit ke-19 apabila Stefano Sorrentino menolak tendangan Bonaventura ke arah Hakan Calhanoglu sebelum percubaan bintang Turki itu dihalang oleh Fabio Depaoli.

Bonaventura menyaksikan percubaan jarak dekatnya dinafikan selepas melakukan gerakan menarik bersama Suso, namun Higuain tidak melakukan kesilapan seminit kemudian.

Suso sekali lagi menjadi arkitek buat Milan, melorongkan bola buat penyerang Argentina itu melepaskan rembatan di celah kaki Sorrentino dan mereka sekali lagi bekerjasama dalam menghasilkan gol kedua, yang menyaksikan hantaran Suso melepasi barisan pertahanan pelawat dan membolehkan Higuain menyumbat gol kedua.

Abate terlebih dahulu menguji Sorrentino di awal babak kedua sebelum rembatan Bonaventura yang terbias dari tengah kotak penalti pada minit ke-56, membuatkan pemenang sudah boleh dijangka.

Bagaimanapun, hasrat tuan rumah untuk tidak dibolosi lebur apabila hantaran dari belakang oleh Christian Zapata dipintas oleh Pellisier yang kemudian melepaskan rembatan rendah tetapi segalanya sudah terlewat buat Chievo.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen