Gonzalo Higuain mengumpul 100 gol dalam Serie A selepas melakukan jaringan pembukaan ketika Juventus menewaskan AC Milan 2-0 di San Siro, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Argentina itu, yang menjadi penjaring sensasi sejak tiba di Itali bersama Napoli lebih empat tahun lalu, merekodkan 71 gol liga untuk skuad Partenopei.

Kempen terakhir Higuain di San Paolo pada 2015-16 dengan 36 gol membolehkannya membuat pertukaran ke Juve yang dilaporkan bernilai €90 juta (RM443 juta ) di mana dia meneruskan prestasi baiknya.

Koleksi 24 gol Serie A memastikan Scudetto di Turin pada musim lalu dan kini dia menghimpun enam gol pada pada musim ini.

Pertembungan di San Siro adalah penampilan liga yang ke-153 Higuain di Itali, dengan serangan pada minit ke-23 adalah jaringan kaki kanannya yang ke-73. Dia juga menjaringkan 20 gol dengan kaki kirinya sementara enam gol menerusi tandukan dan satu menggunakan dada.