Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain, disenaraikan dalam barisan Rossoneri bagi menghadapi pasukan majikannya, Juventus, dalam aksi Serie A, awal pagi nanti.

Higuain tidak disenaraikan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah berdepan Real Betis, Khamis lalu, namun dia di antara 25 pemain yang dibawa berdepan pendahulu liga, Juventus.

Penyerang kebangsaan Argentina itu dipinjamkan Juventus kepada AC Milan susulan kehadiran Cristiano Ronaldo dalam pasukan.

Hugain setakat ini telah menjaringkan lima gol daripada sembilan penampilan Serie A dan berpeluang untuk mencuri tumpuan majikannya itu di San Siro.

Emre Can tidak dapat beraksi buat Juventus memandangkan dia sedang menjalani pemulihan selepas melalui pembedahan tiroid.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu mengharapkan kebangkitan selepas melalui kekalahan pertama sejak April lalu di tangan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, empat hari lalu.